My Baby Girl


Dah tiga malam akin bangun pukul 2 pagi. Akin tak sihat, demam selsema. Nasib baik tok ngan wan ada kat rumah. Bleh temankan akin ngan umi tengok Nemo kul 2 pagi.

Hari ni anakku tak dihantar ke rumah pengasuh. Tok, Wan ngan best friend Akin (maksu pilah) ada kat rumah. Amboi! bukan main lagi tunjuk kepetahan dia. Masa makan petang semalam, orang nak tambah nasi hulur pinggan kat Tok, minta tolong Tok bubuh nasi. Akin pun pandai, bila nak nasi, angkat pinggan hulur kat tok. Tergelak masu pilah dia. Pagi tadi pulak, sambil bersiap tu saya tegur Akin yang masa tu tengah main handphone maksu dia, "Ape tuh?". Dengan confidentnya Akin jawab "hepon". Aik! dak banyak vocab dah anakku ni. Lepas makan, akin suruh Wan pakaikan baju baru, maksu pilah belikan sweater ANAKKU bertopi. Comel saja. Tak puas-puas dia duduk depan cermin. Perasan comel la tuh.
Annakku makin hari makin banyak pekataan yang dia tahu. Dulu banyak guna body language untuk berkomunikasi, sekarang ni dah boleh buat ayat pendek. Cuma bunyi sebutan tu yang masih tak kena, ada pitching lari sikit... kena banyak lagi practice. :) Kekadang, sampai susah hati tak faham apa yang dia sebut dan dia nak. Selalu jugak, sampai akin ngamuk saya tak faham apa dia nak... sedih rasanya. Inilah effectnya, bila anak dijaga orang. Orang yang lebih memahami bahasa anak kita.
Antara perkataan yang best bila akin sebut; "Ape tu?" Haa... ayat ni memang jelas lagi nyata. Memang taraf Malaysian idol dah. Sebutan nya Perfect! Penggunaannya pun tepat sekali. Sedap dengar dia sebut. Kekadang saja jer bagi dia sebut banyak kali, seronok dengar dia tanya; "Ape tu?".
*Gambar akin ngan maksu, kat belakang tu gambar Tok.
Semalam maksu Pilah datang rumah. Best friend Akin la ni. Akin yang selalu agak susah nak ikut orang, tapi ngan maksu dia, terus jer nak kawan. Nakal jadi budak ni. Apa-apa pun tak boleh dilarang, lagi menjadi-jadi nakal dia. Pagi tadi maksu filah dokong Akin ikut sekali hantar Akin ke rumah pengasuh. Macam banyak fikir saja Akin, cuba mamahami keadaan yang dia hari ni kena tinggal kat rumah "Mak" dia. Senyap, sepatah pun tak cakap. Cuma tangan jer lambai kat Umi ngan Maksu.
Kasihan anakku, cuba memahami keadaan dan memujuk diri. Yang Akin dah faham, pasti petang nanti Umi akan ambil Akin balik. Sayang anak Umi.
Anakku sakit mata!
Dah dua hari akin sakit mata. Petang semalam akin demam pulak. Balik kerja terus bawa gi klinik. Takut juga, sebab mata kan sensitif. Masa kat klinik, dia macam biasalah, dah kenal klinik tu agaknya, macam tempat permainan dia la pulak. Sana sini dia berjalan, panjat kerusi, usik ikan, suruh dukung... Agak puas la juga dia main, paham-pahamlah klinik, tak sah kalau tak tunggu lebih dari sejam.
Tetiba jer akin minta susu, dah letih dan lapar agaknya, Abah pun bagilah susu botol. Tak sampai seminit kemudian, nama akin dipanggil. Alamak! susu tak habis lagi, baru separuh. Dia pula tengah tekun menghisap. Nak tak nak, takut lambat nanti ada yang marah, abah ambil botol dan saya sorang dukung akin masuk jumpa doktor. Akin tak nak masuk, dia nak botol susu yang dipegang abah kat luar. Dia berjerit!. Saya dah kompius. Tapi bawa masuk juga. Bila duduk kat kerusi pesakit depan doktor, akin masih meronta nak keluar. Pastu, akin berjerit "nak CHU CHU!" dengan mulutnya yang muncung sambil menoleh ke pintu bilik doktor. Terkejut pulak saya, pandai pulak anak aku buat ayat time terdesak macam tu. Inilah kali pertama saya dengar akin pandai buat ayat dan sebut "susu" specific pada botol susu dia.
Tak abis setakat tu, bila doktor nak check suhu badan dengan termometer, dia nak lari pulak. Kalau boleh nak je dia masuk dalam perut saya. Saya kena peluk akin kuat. Akin pendap muka rapat ke badan saya. barulah boleh check suhu badannya. Selesai saja check, keluar je dari bilik doktor, gelak besar dia nampak botol susu.
Sampai sekarang masih belum boleh titik ubat mata dalam mata dia. Aduhai... anakku Nur Sakinah.
Nur Sakinah my sweetheart
Nama timangannya "Akin". Akin merupakan anak pertama bagi saya dan suami: Saifpol Nizam Sameon. Dia juga cucu pertama sebelah keluarga saya dan cucu yang kesembilan sebelah keluarga suami. Akin dilahirkan di Kedah Medical Center pada 4/4/03, pukul 3:34 ptg dengan berat 3.1 kg. Saya sendiri yang memberi namanya "Nur Sakinah" yang bermaksud cahaya ketenteraman kepada ALLAH. Dengan harapan dia sentiasa tenteram dan mententeramkan siapa sahaja disisinya.
Ini gambar akin semasa berumur 3 bulan. Dia agak gelap dan 'debab'. Inilah kali pertama Akin main air laut kat PD. Baju yang Akin pakai tu, adalah baju pertama yang saya jahitkan untuknya. Nampak tak bentuk 'Love" kat baju tuh, tanda kasih sayang saya kepadanya.
Sekarang Akin dah 1 tahun 4 bulan. Macam-macam keletah dia. Setiap hari, ada sahaja perangai baru yang dia dapat. Macam gambar ni, sekali ajar jer posing macam tu, dah master... tihihihi. Gambar ni diambil pada 7/8/04 kat masjid UKM di hari Konvo Pak Lang dia. Dari mula pandai cakap, sampai sekarang, Akin masih tak pandai panggil saya "Umi", perkataan "Abah" dah lama dia pandai sebut. Sekarang dia panggil saya "Ma" saja. Antara perkataan yang Akin dah pandai sebut dan guna ialah; nak, "cat", cicak, takut, nak sikit (bila nak minta apa-apa), dan beberapa lagi perkataan yang simple.
Hidupku bahagia bersama suami dan anak tercinta. Alhamdulillah.